
Be Humble my dear :D
Assalamualaikum wa muqadimmat .. ..
Blog ni dah
bersawang labah-labah, jadi rumah tikus semua lah. Muacam Muacam. Haha. Apa
kata kita start kita punya entry dengan
istigfar :D Kan elok gitu ^_^
Hari ni aisyha nak kongsi lah sikit apa aisyha dengar pagi
tadi dekat tanyalah ustazah. Serius us us… ustazah tu bagi ceramah. Wargh! Best
sangat. Kelakar pon kelakar, comel macam kak ton pulok tu. Hehe. Oh! Jatuh hati
dengan tajuk ceramah ustazah hari ni. Mengapa sombong.?

Hari ni aisyha nak focus lebih dekat sombong dari segi kecantikan jelah dulu. J Sombong ni kan, boleh
berpunca dari banyak perkara, harta, rupa, kepandaian, macam-macam lah. Mula
dari rupa. Kenapa kita perlu sombong kalau kita ada muka yang cantik / handsome
plus plus gitu. Arghh! Ustzah kata, cantik atau handsome tu semua dari Allah.
Semua yang cantik tu datang dari siapa? ALLAH kan? Cantik tu hadiah daripada
siapa? Allah kan? Kan? Semua dari ALLAH..
Jadi tak perlu kita nak bangga tahap overdos. Kita hanya perlu
bersyukur. Say “ALHAMDULLILAH”. Kan lebih manis gitu. Ni tak, “For your
information, I la wanita tercantik, I putih, you hitam u tak cantik”.
AStagfirullah. Contoh je ok. Semua orang Allah ciptakan cantik, dan cantik dari
sudut yang berbeza J
Jauhkan la kita dari perangai sombong
tahap mintak kaki macam ni. Secara automatik
hubungan kita dengan Allah yang sebagai tempat bergantung pun akan jadi
renggang, apa lagi dengan manusia yang ada tahap kesabaran yang kalau boleh dah sumbat masuk loji tau.
SEMUA CIPTAAN ALLAH TU CANTIK2, HANDSOME2. Tak payah la kita sombong kan diri,
tutup kan hati semata-mata nak tarik
perhatian orang. Especially perempuan la kan. Kata ustaz azhar idrus, perkataan
“Cantiknya dia” dari seseorang tu hanya
akan berharga kalau suami dia yang cakap macam tu. Perempuan ni macam Emas berlian tau.
Perempuan ni mahal sangat. Jadi kita kena la jaga diri kita elok2. Aisyha ni
tak la baik mana. Nak aibkan diri sendiri pon
tak baik. Nak aibkan orang lain lagi lah tak baik.
Entry Aisyha simple je. Tapi ceramah tu kadang2 buat aisyha
sedar jugak J Aisyha
mintak maaf kalau ada menyakitkan hati sesiapa ok. Tak berniat nak sindir
sesiapa. Aisyha just nak kongsi ilmu yang ustzah tadi sampaikan je. Tak ada
orang yang sempurna. Kan? Yang tak buat dosa. Wow! Terer nye kau kalau tak de
buat dosa. Vavavoom gitu. Hehe. Pintu
taubat dan keampunan Allah tu luas sayang. *nasihat untuk diri sendiri juga
>_<
Cara merawat penyakit sombong ialah dengan tengok balik dari
mana datangnya kita. Dari tanah, yang dipijak2 setiap hari, setiap waktu, saat
dan jam. Hina kan kita? Allah tetap yang
Maha Kuasa.
Allah boleh tarik apa sahaja yang Allah dah bagi. Bersyukur
lah sayang J
SWEETPAST |
AWESOMEFUTURE