//True Love To Allah ?

Bonjour!
Hey ! Good days to you!


Welcome to my super wonderland . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i will call My Superman to kill you!? .

Status : Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia =)?

Hebatnya Ayat Allah
Assalamualaikum my dear saudara Se-Islam =)
Rindu dekat aisyha tak? Mesti la tak kan? hahaha...
Alhamdullilah sekarang hati lebih tenang.. Apa bak kata orang putih?
"New Book New Chapter"

Hari ni nak kongsi satu cerita yang syha rasa SubhanaAllah.. Sayang n Hebatnya Allah.
Syha baca rencana ni dekat Metro. Dah Lama Jugak La.
Pasal KEHEBATAN AYAT QURSI 


          Pengalaman ni berlaku di luar negara, ada seorang sahabat penulis berkongsi lah pengalaman nya kan. Dia merupakan seoang wanita yang baik dari segi pakaian, percakapan dan cantik akhlaknya. Suatu hari ni kan, dia baru habis kelas. Masa tu, kelas dia habis lambat. Untuk cepat sampai ke rumah sewa, dia lalu jalan pintas. Biasa la.. Jalan pintas standard la kalau sunyi kan.. Lalu lorong2. Disebabkan kawan dia habis kelas awal. Dia terpaksa la balik seorang.. 

           Jalan punya jalan, dia terserempak dengan seorang lelaki Inggeris tengah bersandar dekat satu tembok ni. Perempuan tu hanya mampu beristigfar. Dah la jalan sorang2. Kalau lah kaum hawa kat luar tu alami benda yang sama.. Mesti dah menggigil macam duduk dalam ais kan?. Wanita itu tadi hanya mampu bergantung harap kepada Allah kerana Allah lah yang Maha Kuasa. Wanita ni pun baca lah AYAT QURSI DENGAN PENUH KEYAKINAN KEPADA ALLAH. 

Allah lah pemilik kerajaan dan alam ini. Hanya Allah yang maha berkuasa. Dengan hanya berkata "Kun Fa Ya Kun" maka jadilah.

            Semasa berjalan di hadapan lelaki Inggeris tadi, wanita ini melihat lelaki tersebut buat dont know je.Alhamdullilah. Wanita itu berasa amat bersyukur. Yela kan. Kalau korang pun raa fuhh leganya!! Huh macam tu la tenang nya hati bila lelaki tadi buat tak tau je =)

           Esok pagi, keluar berita bahawa SEORANG PEREMPUAN TELAH DIROGOL ditempat wanita muslim tu lalu malam nya tu. Wanita muslim tu pun terkejut. Sebab rasa tanggungjawab, Dia pergi ke balai polis, dan mengecam lelaki pada malam itu. Wanita muslim ni pelik.. Lalu dia pun berjumpa dengan si lelaki Inggeris tadi. Lepas tu dia tanya...

WANITA MUSLIM : Kenapa awak tidak merogol saya pada malam tadi? Sedangkan saya berjalan        seorang diri.?

LELAKI INGGERIS : TIDAK! awak TIDAK BERJALAN BERSEORANGAN. Saya lihat ada DUA ORANG LELAKI DI SEBELAH KANAN DAN KIRI AWAK. sebab itu saya tidak mengganggu kamu.



Wanita muslim tu pun terkejut la kan. SubhanaAllah. Betapa bersyukur nya dia.
Terbukti lah bahawa Allah itu MAHA HEBAT, MAHA BERKUASA, MAHA PENYAYANG. 

HEBATKAN AYAT QURSI ALLAH? 
KITA KENA INGAT.. ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PENOLONG.


Apa yang baik kita jadikan pengajaran ok :D  Sesiapa yang baca ayat Qursi ketika keluar rumah. Allah akan melindungi dia dari segala bahaya. Baca sebelum masuk rumah, kemiskinan tak kan masuk ke dalam rumah kita. Baca masa nak tidur, malaikat akan melindungi kita sehingga kita bangun. SubhanaAllah. Hebatkan ayat Allah?

Yang Baik datang dari Allah.. Yang buruk dari aisyha sendiri.. Ada salah bagitahu ok =)
 


          



0 SAID SOMETHING

SWEETPAST | AWESOMEFUTURE