//True Love To Allah ?

Bonjour!
Hey ! Good days to you!


Welcome to my super wonderland . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i will call My Superman to kill you!? .

Status : Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia =)?

Bicara sama hati =)


Assalamualaikum ukhwah reader =)
Hari ni Alhamdullilah ibu masak mee kari. Nyum2.. hehe.. Makanan ibu tetap yang terbaik.
Sayang sangat dekat ibu lah. Hikhik


Alhamdullilah =) Allah dah bagi rezeki, dah bagi sihat, nyawa. Tak mahu bersyukur lagi? Malu2.. =)

           Hari ni aisyha nak kongsi pasal bicara hati. Wah tajuk sedap je kan? Ni aisyha dengar masa muqaddimah pagi-pagi dekat TV9. hehe.. Aisyha suka tajuk ni sebab rasa macam wah meresap. Pergi sekolah. Terus berbicara n membebel dengan hati. Hehe. Hati ni siapa? Buah Hati? Hati Ayam? Sakit Hati? Haish bukan lah. Hati kita lah. Sesuatu yang paling penting dah perlu kita jaga tau =)

          Hati ni raja dalam diri kita. tau tak? mesti tak tahu kan? sebab tu lah nak bagi tau ni. Hehe. Apa maksud bicara hati ni? Kita selalu bicara dengan perut je. Lagi-lagi bulan puasa gini. "Perut nak makan apa buka ni? Perut lapar? Perut kenapa sakit ni?". Huh. Kita asyik bicara dengan perut je. Jeles raja kita si hati =). Ustazah kata, kita patutnya bicara dengan hati kita. Bangun tidur. Tanya sama hati "Assalamualaikum hati, hati sihat ? Hati ceria pagi ni? Hati jangan degil hari ni ye! Jaga hati ye?" Huh kan sweet =) Ni kita selalu tanya dekat BUAH HATI ada lah. Hati sendiri? . Bangun pagi. Rasa hati ceria ucap lah ALHAMDULLILAH. Bila bangun, Hati rasa macam nak marah. Tanya dekat hati "Hati Apa Khabar?" lepas tu hati jawab "Huish benci la aku dekat dia. Dah la rampas orang aku sayang. Benci dia." Huish SubhanaAllah. APa kita kena buat? ISTIGFAR (ASTAGFIRULLAH). Pagi-pagi syaitan dah hasut kita macam-macam. 

             Macam mana nak buat benda baik kalau pagi-pagi hati dah fikir benda tidak elok? Kalau hati kita rasa macam gembira macam tak suka macam haish 50/50 la kata orang ye? Ucaplah "Alhamdulillah atas segala hal Ya Allah" atau "Astagfirullah atas segala kesilapanku Ya Allah" =) Bila rasa macam malas je nak belajar or buat baik. Pujuk hati tu. "Hati kenapa malas ni? Hati jangan macam ni. Hati kan sayang Allah". SubhanaAllah indahnya. Sweet kan? Hati kita ni penting. Kadang-kadang hati ni senang nak lembut, kadang-kadang Astagfirullah kerasnya. Semua tu bergantung kepada kita. Jaga Hati kita.

INGAT, KITA KENA LA JAGA HATI,
JAGA IMAN, CAKAP DENGAN HATI..
"ALLAH KAN CINTA ABADI AWAK SAYANG HATI"
JANGAN LAH MALAS NAK BUAT BAIK. 
NANTI ALLAH MARAH TAU. 


In Shaa Allah, semua perkara kita akan jadi mudahh..
senang je kita tersenyum lepas kita bicara dengan hati.. hehe
rasa macam comel sangat. =) 
cuba lah. Saya dah cuba. memang rasa comel sangat 

Labels:

0 SAID SOMETHING

SWEETPAST | AWESOMEFUTURE