//True Love To Allah ?

Bonjour!
Hey ! Good days to you!


Welcome to my super wonderland . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i will call My Superman to kill you!? .

Status : Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia =)?

Pertolongan Allah Menerusi Solat
Assalamualaikum Ya Ukhti..
lama nya lah tak update blog =)
Harini syha nak share sikit story yang dapat dijadikan pengajaran la of coz. Hehe.

          Pada suatu masa dulu, dekat kufah (iraq) ada seorang khadam. Dia ni jujur orangnya. Dia bekerja sebagai pembawa barangan dari satu tempat ke satu tempat gunakan seekor keldai.

          Jalan punya jalan.. jumpa seorang hamba Allah yang tidak dikenali. Hamba Allah tu pun tanya dekat khadam "Kamu hendak ke mana?". Lepas khadam tu bagi tahu tempat yang ingin dituju, hamba Allah tu pun cakap lagi "Saya pun hendak ke sana. Saya boleh menemani anda berjalan kaki. Tapi jika anda membenarkan saya menaiki keldai anda, saya akan berasa sangat gembira. Saya sedia membayar satu
dinar".

          Khadam yang jujur tadi pun setuju. Jalan punya jalan lagi. Eh2, adadua persimpangan jalan. Lelaki tu pun tanya dekat khadam "Jalan mana kamu nak ambil?". Khadam tadi memilih untuk lalu jalan yang besar. "Tidak! Kita ambil jalan yang satu lagi, dekat situ banyak rumput. Keldai kamu boleh makan disitu." Khadam tu berasa ragu-ragu la kan sebab dia tak pernah lalu situ. Lelaki tu pun buat Khadam tu seyakin boleh. Akhirnya, mereka ambil jalan yang banyak rumput..

         Tiba-tiba, smpai di pangkal jalan, ada hutan tebal. Khadam terperanjat bila tengok banyak tengkorak kat situ. Bayangkan lah? Korang jalan dengan lelaki tidak dikenali.. tiba-tiba nampak tengkorak? Mesti seram kan? Huh naik bulu roma gitu. Khadam tanya tengkorak siapakah itu?. Lelaki tadi pun terus melompat turun dari keldai sambil hunus pisau "Akan ku Bunuh Kau!".

        Khadam pun merayu supaya lelaki tu tak bunuh dia.. "ambillah barang ku ini tapi jangan bunuh aku". Dengan tiada apa-apa perasaan, lelaki tu cakap "Barang kau memang aku akan ambil, tapi aku tetap nak bunuh kau.". Khadam hanya mampu bergantung kepada Allah. Khadam meminta izin untuk MENUNAIKAN SOLAT DAHULU. Lelaki tu pon memberi izin.

          Lepas Baca Al Fatihah, Khadam tak mampu nak ingat apa-apa ayat Al Quran. Tiba-tiba khadam teringat surah al-Naml ayat 62.

"Siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepadaNya? dan yang menghilangkan  kesusahan? "

         Bergenang air mata khadam bila baca ayat tu. SubhanaAllah. Datang seorang berkuda. Dia memakai kopiah yang bergemerlapan dan memegang sebilah lembing. Lalu dia menikam laki durjana yang tidak berperikemanusiaan itu. Api yang menyala-nyala kelihatan di badan si durjana itu jatuh. 
        Khadam sujud ke hadrat Allah dan meminta agar si penunggang kuda tadi tu memperkenalkan diri.

"Saya adalah hamba Allah yang telah menyahut seruan orang yang teraniaya."

SubhanaAllah. Lihat lah betapa Maha Kuasa Nya Allah. Dia tidak pernah meninggalkan hamba dia yang teraniya seorang diri. Kita kena lah selalu yakin pada Allah. Selalu la ingat Allah lah yang dah ciptakan kita, dari sesuatu yang kotor (sperma) kepada seorang manusia yang cantik, molek, ada akal. 
Bersyukur lah. Macam mana? Dirikan lah solat sayang =) 

Percayalah, kita solat, Takrugi apa-apa. Makin banyak kebaikan. Lagi-lagi bulan ramadhan ni. 
Hanya perlu tetapkan iman dan yakin pada Allah.
0 SAID SOMETHING

SWEETPAST | AWESOMEFUTURE